Monday, March 19, 2012

dari hati buat sang bakal kekasih

Maafkanku kerana tidak dapat menjadi yang terbaik buatmu,
ku cuba menjadi yang terbaik buatmu,
menjadi payung kesedihanmu,
menjadi seorang insan yang sentiasa disisi walaupun cinta ini tidak berbalas oleh mu..


ku ucapkan terima kasih kepadamu,
mengajar erti rindu dan kasih terhadap insan..
membibit rasa kasih terhadap kamu,
membenih harapan yang disemai meskipun layu di akhir jalan..


Ku x mahu melukai hatimu..
biarlah diri ini terluka kerana menjagamu..
ku x ingin melihat dirimu bersedih pilu..
biarlah hatiku bersedih di sisimu tanpa kamu tahu..


izinkan ku menyeka airmatamu..
ku x ingin kamu tahu isi hatiku..
biarlah ku pendam perasaan hati ini terhadapmu..
ku harap kamu tidak merasa bersalah terhadapku..


tiba saatnya ku lamar dirimu dengan seikhlas hati ..
mengikat satu ikatan yang suci dan murni..
jauh dari dosa yang mengheret kita ke neraka nanti.
kekal abadi sehingga hujung nafas ini..

Kini ku lupakan hasrat hatiku,
menunggu tiba saatnya hati ini akan bersatu,
ku lafazkan lafaz ikatan janji diriku buat bakal sang bidadariku,
termaterai janji, lafaz kita berdua menjadi satu.

Abadilah wahai kasihku dalam hati ini sentiasa..
dengan izinNya kita akan bersama,
berdoalah kepada Allah tuhan yang Esa.
itulah amalan yang boleh kita usaha bersama.

No comments: