Friday, June 17, 2011

ekspedisi trip kuala mu 1-12 jun 2011


Ekspedisi trip ke Kuala Mu mengambil masa 12 hari... Perjalanan bukan 12 hari.. Kami di sana selama 12 hari..
Kuala Mu terletak di hutan dara negeri Perak.. Perjalanan mengambil masa selama almost 8 jam..
Tak dapat diungkap dgn kata2 tentang pengalaman serta hubungan silatulrahim antara para kami serta penduduk orang asli di sana terutamanya di Pos Biswok, Kampung Bersah dan Kuala Mu.
Terima kasih kepada Pak Hadu sekeluarga kerana membantu kami.. =)

Wednesday, March 16, 2011

sebahagian tulang rusuk.

Menatap indahnya saat bersama..
mangharungi suka duka kita bersama..
menyemai benih-benih kasih yang mula bercambah..
kini mekar harum menguntum...

Kini...
kau taburkan racun dalam taman yang kita cipta..
kau bunuh kasih yang berbunga mekar..
saat diriku berjuang meneruskan perhubungan ini..
kau terus-terusan menabur racun yang kian merosakkan kasih kita..


Ku berdoa agar diriku mampu bertahan..
meniti hidup yang lebih indah tanpa si dia..
yang memberi kesamaran dalam terang..
ku mahu hidup dengan cinta yang agung..
cinta yang satu abadi ke akhir hayat..
yang tidak terhingga nikmatnya..
pabila ku bertemu sebahagian tulang rusukku...
dialah yang menjadi penyeri hidupku..
penawar hidupku..
bahagia di bawah lembayung rahmatMU..
AMIN..



Add Mp3 player ( Music BackGround ) for blogger, + 20 Different Styles.

Add Mp3 player ( Music BackGround ) for blogger, + 20 Different Styles.

Thursday, February 24, 2011

kesudian.

orang x sudi...
mengapa harus ku cari.
orang x mengerti..
x harus ku sesali..
x mengapa ku beralah..
demi masa depanku cerah..
memberi kesan yang baik buat selamanya..
bagi diriku dan semua orang.. ♥

Tuesday, February 22, 2011

friend and lover

life never end as long we live happy forever..
love someone like a puzzle that complete our life.. =)
be friend someone enjoying our day..
until end of the day..
we realise the valuable of friends and lover.

Tuesday, February 8, 2011

duhai kasihku.

duhai angin malam,

eluslah bayumu ke pipinya..

kirimkan rinduku padanya..

satukanlah mimpi2 ku dgnnya.

bersama berbahagia disampingnya.

sehingga fajar muncul dgn indahnya.... ♥

oh kasihku..

ku kirimkan bayu malam..

menyapa lembut wajahmu...

jangan kau lupakan diriku..

walau jauh dari mata...

namun di dalam hati kita tetap bersama...

oh mimpi..

ku harap dalam mimpi kita dapat bertemu..

berbahagia bersama dengan ilusi yang x terhingga..

menjadi kenangan kita bersama..

membuang duka kala kesedihan..

menghapus rindu yang datang bertandang dalam hati....

saat ini


Saat ini..

ku lihat sepasang merpati..

terbang riang di awan yang membiru..

tanpa rasa gusar di dalam hati..

saat ini..

ku lihat indahnya waktu senja..

saat mentari melabuhkan tirainya..

diiringi kemunculan bulan di langit malam..

disertai bintang-bintang yang berkedipan..

akur mengikut kehendakNya..

saat ini..

ku bersyukur dgn Tuhan yang Satu..

kerana memberi hambamu ini kehidupan..

untuk terus menghayati dah memuji kekuasaaNya..

terus beribadah dan bertasbih kepadaNya..

saat ini..

ku berdoa kepadamu..

agar ku dapat menikmati dunia ini..

dengan penuh rahmatMu..

disertai mereka yang menyayangiku..

Amin....

ku dambakan.

ape yang ku dambakan..

hanya sebuah impian..

yang belum tentu tertunai..

dek masa yang kian menghilang...

ku dambakan sebuah harapan..

yang penuh dengan kebahagiaan..

meniti detik-detik mendamaikan..

bersama dengan yang tersayang..

ku dambakan kehidupan yang indah..

bersama-sama mereka yang menyayangi diriku..

dalam dunia yang penuh dengan onak dan cabaran..

diiringi arus modenisasi..

ku damba hidup yang sempurna yang suci...

abadi sehingga mati..

tangisan bidadari

sepi malam itu..

disinari cahaya bulan..

tiada ku dengar nyanyian unggas..

mendendangkan seloka malam yang menghiburkan..

sayup-sayup ku dengar bunyi tangisan...

tangisan sang bidadari..

air matanya yang menitis bagaikan mutiara...

bersinar disinari cahaya bulan..

kemudian gugur dan hilang pabila menitis ke bumi..

oh Tuhan..

izinkanlah ku menyeka air matanya..

merawat dukanya..

mengembalikan tawanya..

agar bidadari itu kembali seperti dahulu..

bidadari yang tersenyum penuh kegembiraan..

duhai bidadari..

setelah ku menyeka air matamu..

takkan ku biarkan dirimu berduka lagi....

kerana saat itu aku telah menyayangi mu..

mencintai dirimu..

dan ku harap kita berdua bersama..

abadi selamanya..

sehingga ke syurga..

meniti kehidupan yang bahagia...