Wednesday, March 16, 2011

sebahagian tulang rusuk.

Menatap indahnya saat bersama..
mangharungi suka duka kita bersama..
menyemai benih-benih kasih yang mula bercambah..
kini mekar harum menguntum...

Kini...
kau taburkan racun dalam taman yang kita cipta..
kau bunuh kasih yang berbunga mekar..
saat diriku berjuang meneruskan perhubungan ini..
kau terus-terusan menabur racun yang kian merosakkan kasih kita..


Ku berdoa agar diriku mampu bertahan..
meniti hidup yang lebih indah tanpa si dia..
yang memberi kesamaran dalam terang..
ku mahu hidup dengan cinta yang agung..
cinta yang satu abadi ke akhir hayat..
yang tidak terhingga nikmatnya..
pabila ku bertemu sebahagian tulang rusukku...
dialah yang menjadi penyeri hidupku..
penawar hidupku..
bahagia di bawah lembayung rahmatMU..
AMIN..



Add Mp3 player ( Music BackGround ) for blogger, + 20 Different Styles.

Add Mp3 player ( Music BackGround ) for blogger, + 20 Different Styles.